Semua berita

Jalinan Persahabatan Antara Stingers Hockey Dan Sutra Panthers

4 Jun 2026

Jalinan Persahabatan Antara Stingers Hockey Dan Sutra Panthers
DESAMINIUM STINGERS bakal mengadakan perlawanan persahabatan menentang SUTRA PANTHERS pada 5 Jun 2026 (Jumaat) bermula jam 5.00 petang hingga 7.00 malam di Mini Turf Hockey, SK Saujana Putra. Perlawanan ini menjadi medan terbaik buat kedua-dua pasukan menambah pengalaman perlawanan, menguji kombinasi pemain serta memperkukuhkan hubungan silaturahim antara komuniti hoki sekolah. Pihak pengurusan dan warga STINGERS HOCKEY turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada SK Saujana Putra selaku tuan rumah atas kesudian menerima kunjungan pasukan serta menyediakan kemudahan bagi menjayakan perlawanan persahabatan ini. Diharapkan pertemuan ini akan berlangsung dalam semangat kesukanan yang tinggi, penuh hormat-menghormati dan menjadi platform pembangunan hoki yang bermanfaat kepada semua pemain yang terlibat. STINGERS HOCKEY šŸ†š SUTRA PANTHERS šŸ‘ Friendly Match šŸ“… 5 Jun 2026 (Jumaat) ā° 5.00 Petang – 7.00 Petang šŸ“ Mini Turf Hockey, SK Saujana Putra Sentuhan Padu, Semangat Satu! Play Hard, Play Fair, Together We Inspire! šŸ”„šŸ‘