Semua berita

Kejayaan Berganda Pasukan Hoki Stingers di KATMO 2025

31 Mei 2026

Kejayaan Berganda Pasukan Hoki Stingers di KATMO 2025
SHAH ALAM – Pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Taman Desaminium mencatat kejayaan membanggakan dalam Kejohanan KATMO 2025 apabila pasukan lelaki muncul Johan, manakala pasukan perempuan meraih gelaran Naib Johan. Kejayaan itu turut diserikan dengan tiga anugerah individu. Kama Nizar Zahin dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak, manakala Nuradelia Huzaira menerima anugerah Pemain Terbaik dan Ameera Maisara dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik. Menurut Kama, kejayaan tersebut adalah hasil usaha bersama seluruh pasukan. “Alhamdulillah, anugerah ini menjadi pembakar semangat untuk saya dan rakan-rakan terus bekerja keras serta memberikan yang terbaik pada masa akan datang.” Sementara itu, Nuradelia menyifatkan pengiktirafan yang diterima sebagai motivasi untuk terus meningkatkan prestasi, manakala Ameera berharap kejayaan tersebut dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pemain muda untuk menceburi dan mencintai sukan hoki. Pencapaian ini membuktikan komitmen tinggi pemain, jurulatih dan pengurusan pasukan dalam memastikan pasukan hoki sekolah terus berada pada tahap yang membanggakan. 🏑🏆