Lelaki Julang Kejuaraan Plate, Perempuan Tampil Cemerlang di Piala Pengetua SSNS 2026
31 Mei 2026

SHAH ALAM – Pasukan hoki lelaki SK Taman Desaminium (SKTD) berjaya muncul Juara Kategori Plate dalam Kejohanan Piala Pengetua Sekolah Sukan Negeri Selangor 2026, manakala pasukan perempuan menampilkan persembahan membanggakan apabila berjaya mara sehingga ke suku akhir Kategori Cup.
Pencapaian ini membuktikan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan sepanjang kejohanan berlangsung. Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, pengurus pasukan serta pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan hoki sekolah. 🏑🏆
#StingersHockey #PialaPengetuaSSNS #RoadToSuccess
