Semua berita

Lima Pemain Stingers Hockey Terpilih Wakili Daerah ke Kejohanan MSSS

13 Julai 2026

Lima Pemain Stingers Hockey Terpilih Wakili Daerah ke Kejohanan MSSS
Seri Kembangan – Satu lagi detik membanggakan berjaya dilakar oleh Stingers Hockey apabila lima orang pemain telah terpilih untuk mewakili daerah ke Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) 2026. Pemilihan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen, disiplin dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh para pemain sepanjang Kejohanan Hoki MSSD 2026. Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, malah membuktikan bahawa Stingers Hockey terus melahirkan bakat-bakat muda yang berpotensi di peringkat lebih tinggi. Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kelima-lima pemain yang berjaya terpilih. Semoga peluang ini dimanfaatkan sebaiknya untuk mempamerkan aksi terbaik, mengutip pengalaman berharga serta mengharumkan nama daerah dan SK Taman Desaminium di pentas MSSS. Tahniah dan selamat maju jaya! “Strike Hard, Strike Fast.”