Semua berita

PASUKAN HOKI SK TAMAN DESAMINIUM CIPTA KEJAYAAN DI MYSTAGE STEADY HOCKEY 5’S 2026

15 Jun 2026

PASUKAN HOKI SK TAMAN DESAMINIUM CIPTA KEJAYAAN DI MYSTAGE STEADY HOCKEY 5’S 2026
KLANG, 14 Jun – Pasukan Hoki SK Taman Desaminium sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila mencatat pencapaian membanggakan dalam kejohanan MYSTAGE STEADY HOCKEY 5’S UNDER 12 CHALLENGE TROPHY 2026 yang berlangsung di SK Taman Gembira, Klang. Pasukan lelaki berjaya meraih Tempat Ketiga (Kategori Cup) sekali gus membawa pulang pingat gangsa dan wang tunai RM150. Sementara itu, pasukan perempuan muncul Johan (Kategori Plate) dan berjaya membawa pulang pingat emas. Lebih membanggakan, Kama Nizar Zahin bin Kama Rezmai dari kelas 6 Intelek telah dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Kejohanan, sekali gus melengkapkan kejayaan pasukan SK Taman Desaminium. Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para pemain, dedikasi barisan jurulatih, sokongan padu ibu bapa serta kerjasama semua pihak yang sentiasa memberikan dorongan kepada pasukan hoki sekolah. Pihak pengurusan pasukan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Saudah binti Osman, Guru Besar SK Taman Desaminium, barisan pentadbir sekolah, guru-guru pengiring, ibu bapa serta semua pihak yang telah menyumbang masa, tenaga dan sokongan sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga SK Taman Desaminium untuk terus cemerlang dalam bidang sukan dan kokurikulum serta melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. 🏑🏆🥇🥉