Permata Stingers Di Pentas MSSM 2026
2 September 2026
Sekalung tahniah buat permata-permata Stingers! ππ
Tahniah buat Zahin bersama pasukannya yang berjaya muncul sebagai Johan, manakala Khadeeja dan pasukannya pula berjaya membawa pulang tempat ketiga di Kejohanan Hoki MSSM 2026.
Mereka bukan sekadar membawa nama pasukan, tetapi turut mengharumkan nama SK Taman Desaminium dan negeri Selangor di pentas kebangsaan.
Pencapaian ini pastinya bukan datang dengan mudah. Di sebalik setiap perlawanan, ada latihan yang tak kenal penat, disiplin, pengorbanan masa, serta sokongan daripada ibu bapa dan jurulatih yang sentiasa berada di belakang mereka.
Syabas Zahin, Khadeeja dan seluruh pasukan! Teruskan melangkah, teruskan berjuang. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk mencipta lebih banyak kejayaan selepas ini.
Stingers, terus menyengat! ππ
π HGH Convention Centre, Kuala Lumpur Β· 31 Ogos 2026
#SKTamanDesaminium #MSSM2026 #HokiMalaysia #Selangor #StingersHockey





