Semua berita

Stingers Hockey SKTD Terima Suntikan Semangat Baharu Daripada TNB

24 Jun 2026

Stingers Hockey SKTD Terima Suntikan Semangat Baharu Daripada TNB
Alhamdulillah, Majlis Penyerahan Set Kelengkapan Peralatan Sukan Hoki Tajaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Peringkat Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir SK Taman Desaminium, khususnya Puan Saudah binti Osman selaku Guru Besar yang telah meluluskan kertas kerja permohonan sumbangan set kelengkapan sukan hoki ini. Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Puan Khiryani binti Hamdi, Penolong Kanan Kokurikulum, yang sudi hadir mewakili pihak pentadbir dalam majlis penyerahan tersebut. Penghargaan yang tidak terhingga turut ditujukan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), khususnya Dato’ Azmi, Encik Jasni serta wakil TNB, Encik Lailin yang juga merupakan Jurulatih Hoki Kebangsaan Wanita Bawah 21 Tahun, atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan dalam usaha memperkasa pembangunan sukan hoki di sekolah. Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga SK Taman Desaminium, rakan-rakan guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), PIBG serta para ibu bapa yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada pembangunan sukan hoki sekolah. Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan Pasukan Stingers Hockey SK Taman Desaminium, serta menyuntik semangat kepada para pemain untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Insya-Allah, set kayu hoki baharu ini akan digunakan buat pertama kalinya dalam Kejohanan MSSD yang akan berlangsung esok. Semoga segala urusan dipermudahkan dan Pasukan Stingers Hockey SK Taman Desaminium dikurniakan kejayaan serta mampu mengharumkan nama sekolah. #SKTDHebat #StingersHockeySKTD #HokiSKTD #TerimaKasihTNB #RoadToMSSD