Stingers Hockey Umum Skuad Ke MyStage Steady Hockey Challenge Trophy 2026
1 Jun 2026

SERI KEMBANGAN, 2 Jun – Stingers Hockey SK Taman Desaminium bakal menghantar seramai 18 pemain ke MyStage Steady Hockey Challenge Trophy Bawah 12 Tahun 2026 yang akan berlangsung di Gelanggang Hoki SK Taman Gembira, Klang dari 12 hingga 14 Jun ini.
Kontinjen Stingers Hockey akan dibarisi 9 pemain lelaki dan 9 pemain perempuan yang bakal bersaing bagi menentang pasukan-pasukan muda dari seluruh daerah negeri Selangor yang menyertai.
Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Stingers Hockey dalam membangunkan bakat pemain muda serta memberi pendedahan kepada mereka untuk beraksi dalam suasana pertandingan yang kompetitif.
Selepas beberapa pencapaian membanggakan sebelum ini, skuad muda Stingers kini bersedia untuk menyahut cabaran baharu dengan membawa semangat juang, disiplin dan komitmen tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
Seluruh warga Stingers Hockey mendoakan agar para pemain dapat mempamerkan aksi terbaik dan mengharumkan nama pasukan di pentas MyStage Steady Hockey Challenge Trophy 2026.
Semangat. Disiplin. Juara.
